Wednesday, January 6, 2010

Kemana Hilang Bahasa Ibunda?


Zaman Kegemilangan kerajaan Melaka dahulu kala, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa perantaraan untuk pedagang yang ingin berdagang di Melaka.Bahasa Melayu menjadi bahasa yang paling terkenal, sekarang tidak lagi. Kini bahasa orang putih yang kita agung-agungkan. Kita tidak menolak Bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia dan perlu dikuasi, tapi kita lupa bahasa kita, kita buang bahasa kita. Saya setuju kalau bahasa melayu akan digantikan semula dalam pembelajaran sains dan matematik. Hal ini kerana kita perlu memertabatkan semula bahasa melayu. Tak cukupkah pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah sehinggakan kita ketepikan Bahasa bangsa kita? Sedarlah,bangkitlah wahai bangsaku..mertabatkanlah bahasa melayu, Kita perlu bekerjasama berganding bahu memertabatkan bahasa kita. BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA, HILANG BAHASA, HILANGLAH BANGSA...HIDUP MELAYU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment